2024-12-01 HaiPress

FOTO BERNAMA
SANDAKAN,1 Disember- Op Kesan 3.0 dilancarkan serentak di seluruh negara hari ini bertujuan memantau dan mengekang aktiviti pencatutan sejajar penyelarasan gaji penjawat awam melalui sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA) berkuatkuasa Disember ini.
Pelancaran Ops Kesan 3.0 disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),Datuk Armizan Mohd Ali di Sandakan.
Ops berkenaan membabitkan pengumpulan data untuk dijadikan asas perbandingan harga dan caj perkhidmatan sebelum dan selepas SSPA,menguna pakai data kutipan harga oleh pegawai pemantau harga meliputi 480 barangan serta memperkukuh kerjasama dengan agensi berkaitan dan menggalakkan partisipasi awam sejajar pelaksanaan Kita Gempur.
Operasi itu juga bagi menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pengurusan aduan berkaitan caj,harga,bekalan termasuk tindakan susulan penguatkuasa dalam tempoh 24 jam dan menyediakan saluran aduan untuk orang ramai menyalurkan sebarang aduan kepada kementerian.
"Pada hari ini kita memulakan Ops Kesan 3.0 yang khususnya menjurus daripada kenaikan atau pelarasan gaji penjawat awam dan kita gerakan melalui lima pendekatan.
"Menerusi tindakan proaktif ini dengan kerjasama semua pihak kita dapat mengekang aktiviti pencatutan daripada berleluasa," katanya.
Pengumpulan Data Ops Kesan 3.0 bermula 1 Oktober lalu menyaksikan 2,803 premis diperiksa di seluruh negara.
Ia membabitkan 13,209 item dengan notis bertulis bawah Seksyen 21,Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 untuk mendapatkan maklumat awal tentang harga dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sempena pelancaran itu,turut diadakan Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) bagi meningkatkan kesedaran dan komitmen dalam kalangan para peniaga agar mematuhi kod etika,peraturan dan undang-undang perniagaan.
Datuk Armizan turut meninjau Program Sentuhan Kasih Jualan Rahmah anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sandakan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur