2024-12-01 HaiPress

Kawasan Tanjung Rambutan,Tasek dan Pasir Puteh dilanda banjir kilat selepas hujan turun berterusan
IPOH,1 Disember - Beberapa kawasan di Ipoh dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak malam tadi,antaranya ialah Tanjung Rambutan,Tasek dan Pasir Puteh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir di Kampung Tasek pada pukul 11.05 pagi.
"Lima penduduk diselamatkan selepas kediaman mereka dinaiki air dan telah dipindahkan menaiki bot ke kawasan selamat sebelum dibawa ke Dewan Orang Ramai Kampung Tasek," menurut Sabarodzi.
Selain itu,lima penduduk dari Kampung Seri Kinta turut dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Seri Kinta selepas kediaman mereka dinaiki air setinggi 2 meter.
Terdahulu kira-kira pukul 9.00 pagi tadi,Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun telah melaksanakan operasi menyelamat tujuh penduduk dari Kampung Bakar Bata dan dipindahkan ke Dewan Komuniti Taman Berjaya.
Pemantauan sedang dijalankan agensi berkaitan susulan paras air di Sungai Kinta masih meningkat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur