2024-12-02 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri,di Perdana Putra,Putrajaya / Foto RTM
PUTRAJAYA,2 Disember – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam untuk meningkatkan prestasi selaras dengan pelaksanaan kenaikan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa mulai semalam.
Anwar menyampaikan harapan tersebut dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri,di sini,hari ini.
“Pelaksanaan SSPA bermula bulan ini seperti dijanjikan. Tahniah kepada mereka yang menerima kenaikan gaji. Namun,saya ingin menegaskan bahawa persetujuan terhadap kenaikan ini adalah kerana kita mengiktiraf usaha penjawat awam. Tetapi rakyat menuntut perkhidmatan yang lebih berkualiti,jadi saya berharap agar prestasi juga dipertingkatkan,” katanya.
Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Datuk Seri Fadillah Yusof,dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar turut menyeru penjawat awam agar memberikan sokongan penuh kepada KSN yang telah mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan reformasi perkhidmatan awam.
"Saya harap sokongan penuh diberikan kerana rakyat ingin melihat (reformasi) dilaksanakan di peringkat akar umbi,daerah dan kementerian," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan yakin bahawa peningkatan prestasi itu boleh dicapai kerana keupayaan manusia boleh ditingkatkan melebihi apa yang telah dilaksanakan selama ini.
SSPA yang menggantikan Skim Saraan Malaysia (SSM) memberi pelarasan gaji yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi penjawat awam,selain membuka peluang peningkatan kerjaya yang lebih baik dalam perkhidmatan awam.
Dengan pelarasan gaji dan pergerakan tahunan,pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat 16.8 peratus hingga 42.7 peratus.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur