2024-12-02 HaiPress

Gusmão diiringi untuk memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat),yang terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 Lain-Lain Pangkat,diketuai Mejar Arifuddin Mohd Yusuf / Foto RTM
PUTRAJAYA,2 Disember – Perdana Menteri Republik Demokratik Timor-Leste,TYT Xanana Gusmão bersama delegasi,dirai dalam Majlis Sambutan Rasmi di Kompleks Perdana Putra,di sini,bersempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia.
Lawatan tiga hari Gusmão,yang bermula semalam hingga 3 Disember merupakan lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Julai 2023.
Ketibaan Gusmão di Perdana Putra pada pukul 9.00 pagi disambut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lagu rasmi kedua-dua negara berkumandang sejurus ketibaannya.
Gusmão kemudiannya diiringi untuk memeriksa barisan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat),diketuai Mejar Arifuddin Mohd Yusuf.
Majlis sambutan rasmi itu diikuti dengan mesyuarat dua hala yang membincangkan isu-isu kepentingan bersama kedua-dua negara.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,Menteri Kabinet,diplomat asing serta pegawai Kanan Kerajaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur