2024-12-02 HaiPress

Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan bagi membaiki sekolah,Pusat Penempatan Sementara (PPS),serta kemudahan kebersihan dan tandas yang terjejas akibat banjir / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,2 Disember – Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan bagi membaiki sekolah,Pusat Penempatan Sementara (PPS) serta kemudahan kebersihan dan tandas yang terjejas akibat banjir.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persediaan itu adalah langkah awal untuk membantu proses pemulihan pascabanjir di negeri-negeri yang terkesan.
"Ini perkara yang perlu kita siap sedia. Apabila banjir surut,sudah tentu ada banyak tanggungjawab untuk memulihkan keadaan.
"Oleh itu,kita sediakan peruntukan tambahan bagi membaiki sekolah,PPS,dan memastikan kemudahan kebersihan serta tandas sesuai digunakan. Tindakan ini akan bermula pertengahan Disember ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM),di sini,yang menghimpunkan lebih 50 agensi dan dihadiri hampir 1,000 warga kerja JPM.
Turut hadir,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof,Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur