2024-12-02 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Perdana Menteri Timor-Leste,Xanana Gusmão (kiri) dalam sidang media selepas mesyuarat dua hala di Perdana Putra,Putrajaya / Foto RTM
PUTRAJAYA,2 Disember – Malaysia dan Timor-Leste sepakat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai sektor strategik,termasuk perdagangan dan pelaburan,industri halal,pendidikan,pembangunan kapasiti,dan kesalinghubungan antara kedua-dua negara.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama tersebut turut merangkumi sektor penerbangan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Kami melanjutkan kerjasama itu,termasuk dalam bidang keselamatan pertahanan. Malaysia akan terus memberikan sokongan yang diperlukan melalui Perbadanan Pertahanan Malaysia dan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
“Kami juga mengukuhkan TVET dan menyokong pelancaran penerbangan terus Batik Air ke Dili awal tahun depan,diikuti oleh AirAsia,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Timor-Leste,Xanana Gusmão,di Perdana Putra,di sini.
Lawatan rasmi Gusmão ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam adalah yang pertama sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Timor-Leste pada Julai 2023.
Dalam perkembangan lain,Anwar berkata Malaysia dan Timor-Leste sependapat dalam menyokong isu serantau dan global.
Kedua-dua pemimpin menyatakan keprihatinan terhadap usaha membebaskan Gaza,Palestin daripada kekejaman Israel.
"Keprihatinan beliau dinyatakan mengenai isu Sudan,Yaman,Myanmar,dan dalam banyak forum antarabangsa saya dapati Perdana Menteri Gusmão sangat komited dan konsisten dengan prinsip ini iaitu hanya berpegang pada keadilan dan kebebasan.
"Jadi,sekali lagi terima kasih kerana menjadi rakan baik Malaysia dan kami menantikan penglibatan selanjutnya pada masa hadapan," tambah Anwar.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur