2024-12-02 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,2 Disember- Kerajaan mempertimbang penggunaan kod respon pantas (QR) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah,penggunaan teknologi itu dilihat berupaya meningkatkan pengurusan,selain mampu mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa di kaunter imigresen.
"Nak cepatkan proses pemeriksaan di kaunter imigresen,pengembara hanya perlu imbas kod yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan mereka.
Ia akan tingkatkan keselamatan serta mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara terutama pada waktu puncak," kata Shamsul Anuar di Parlimen,hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong,Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji di Dewan Rakyat.
Tambahnya,pelaksanaan kod QR itu bakal diperluas di lapangan terbang antarabangsa lain termasuk di pusat pemeriksaan di sempadan darat dan laut.
Bulan lepas,KDN mengumumkan penggunaan kod QR kepada pengembara Johor - Singapura bermula tahun depan.
Dalam pada itu,Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperluas kemudahan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk negara kepada pelawat asing dari 53 buah negara baharu.
Antaranya melibatkan 26 negara dari Kesatuan Eropah (EU),17 negara eropah serta enam dari negara Arab.
Selain itu,empat negara lagi dari China,Kanada,Hong Kong dan Taiwan.
"Bagi kawalan keselamatan di pintu masuk,JIM telah menambah baik kemudahan di pintu masuk seperti satu pelawat Singapura boleh guna sistem pagar automatik.
Pelawat dari 10 negara berisiko rendah boleh guna autogate,pekerja untuk syarikat yang berpangkalan di Malaysia boleh memohon pasport ekspatriat untuk pekerja dan pemegang pas diberikemudahan termasuk Multiple Entry Visa (MEV) dan boleh menggunakan kemudahan autogate," kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.
Secara keseluruhannya,sebanyak 63 buah negara diberi kemudahan autogate berkenaan sekali gus akan meningkatkan bilangan pelawat asing daripada negara-negara yang disenarai.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur