2024-12-02 HaiPress

Syarikat swasta diseru untuk turut serta dalam misi bantuan banjir di seluruh negara,dengan menawarkan bantuan dalam bentuk dana,jentera,dan sokongan moral / Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,2 Disember –Syarikat swasta diseru untuk turut serta dalam misi bantuan banjir di seluruh negara,dan sokongan moral.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha bantuan ini telah dimulakan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO),termasuk Khazanah,Petronas,dan PNB,yang telah mengerahkan semua sumber yang ada.
“GLIC bawah Khazanah,dan PNB telah mengerahkan juga semua dibawah mereka.
"Ada baiknya jika syarikat-syarikat swasta dari Kuala Lumpur,Ipoh,Pulau Pinang turun ke gelanggang untuk melihat masalah kehidupan rakyat,kemiskinan,dan kesusahan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM),di sini.
Anwar turut memuji kesiapsiagaan jentera kerajaan dalam menghadapi banjir dan mengucapkan penghargaan atas persiapan luar biasa kali ini.
“Kesediaan itu bermula beberapa bulan sebelumnya,jadi tidak terlalu sukar apabila banjir berlaku. Ini majoritinya melibatkan jentera kerajaan di peringkat persekutuan,negeri,dan perbandaran daerah,” tambahnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur