2024-12-02 HaiPress

Azman Adnan
BESUT,2 Disember- Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah kementerian itu terkandas akibat banjir daripada menduduki ujian lisan Bahasa Melayu yang bermula hari ini,jelas Kementerian Pendidikan (KPM).
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata,sebelum ini terdapat dakwaan mengenai calon SPM 2024 terkandas di kawasan banjir.Sehubungan itu,laporan mengenai perkara berkenaan akan disiasat.
"Setakat ini laporan yang diperoleh dalam konteks KPM tidak ada calon-calon sekolah bawah kementerian itu terkandas dan saya telah minta supaya Pengarah Pendidikan Negeri untuk melihat status yang dilaporkan di media.
"Fahamkan kemungkinan ia bukan calon bawah KPM tetapi kita akan sentiasa bersama dengan pihak-pihak berkaitan untuk membantu supaya anak-anak ini tidak dikesampingkan daripada menduduki peperiksaan ujian lisan Bahasa Melayu ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di SMK Bukit Payong Besut.
Dalam pada itu beliau juga berpendapat bahawa tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan SPM berikutan banjir. Selain itu,beberapa mekanisme digariskan bagi menangani isu banjir dan kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh.
Azman turut yakin,pihak terlibat mampu menguruskan isu banjir dengan baik termasuk menggerakkan aset dan pengoperasian bagi menguruskan pelajar terlibat.
Lebih 402,000 calon SPM berdaftar akan menduduki peperiksaan SPM 2024 yang bermula pada 2 Disember 2024 sehingga 6 Februari tahun depan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur