2024-12-02 HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,2 Disember- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin walaupun terdapat sentimen berhati-hati berikutan ancaman bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan tarif 100 peratus terhadap negara-negara BRICS jika mereka mewujudkan mata wang saingan kepada dolar AS.
Pada 8.03 pagi,ringgit diniagakan pada 4.4400/4500 berbanding dolar AS,mengukuh daripada 4.4425/4495 pada Jumaat lepas.
Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes menjangka mata wang pasaran sedang pesat membangun yang mempunyai lebihan dagangan dengan AS seperti Malaysia akan menunjukkan sedikit penurunan.
Kuasa besar dunia China dan Rusia adalah sebahagian daripada pakatan BRICS,selain Brazil,India,Afrika Selatan,Iran,Mesir,Ethiopia dan Emiriah Arab Bersatu.
“Berdasarkan pasaran melihat ancaman tarif Trump sebelum ini sebagai kaedah rundingan untuk mendapatkan lebih banyak konsesi daripada rakan dagang,ini mungkin situasi yang sama dengan ancaman tarif terhadap BRICS.
“Oleh itu,pasaran kekal dengan pendekatan tunggu dan lihat,menilai sama ada kenyataan ini akan menjadi perang perdagangan atau hanya sebahagian daripada strategi tawar-menawar Trump,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6366/6493 daripada 5.6384/6473 pada Jumaat lepas,naik berbanding euro kepada 4.6780/6885 daripada 4.6899/6973 dan menambah berbanding yen Jepun kepada 2.9578/9647 daripada 2.9589/9638
Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3078/3157 daripada 3.3146/3200 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.57/7.60 daripada 7.58/7.59.
Ringgit turut mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9126/9507 daripada 12.9459/9738 dan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 280.1/280.9 daripada 280.2/280.8 sebelum ini.- BERNAMA
T-INNOWARE Makes Debut at IndoSec 2025: "AI + Innovation" Leads the Intelligent Wave of Cybersecurity in Southeast Asia
Chery Brand Night Grandly Opens - Co-Creating the “New Move” with Global Users
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur