2024-12-04 HaiPress

Foto JBPM
KEMAMAN,4 Disember - Selepas 14 jam pencarian,operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Neram di Felda Neram 1 di sini,berakhir selepas mayat remaja itu ditemukan pagi tadi.
Komander Operasi Pasukan Khas Operasi,Taktikal dan Penyelamat STORM Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Mohd Zailani Abdullah berkata,mayat Mohd Yusuf Adnan,16 tahun ditemukan pasukan penyelamat kira-kira pukul 8.10 pagi.
"Pasukan penyelamat yang sedang melakukan pencarian telah terjumpa satu objek bewarna biru menyerupai pakaian mangsa timbul di permukaan air dan tersangkut pada dahan pokok.
"Selepas didekati,pihaknya menemui mayat mangsa yang berpakaian lengkap itu pada jarak 400 meter dari lokasi terakhir dia dilihat rakannya," menurut Zailani dalam kenyataan.
Beliau berkata,mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian petang semalam mangsa pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram itu dipercayai lemas ketika mandi dan memancing di sungai berkenaan bersama-sama 10 lagi rakannya kira-kira pukul 4.00 petang.
Sebelum kejadian itu,seorang rakan mangsa,Nor Mohd Aiman Hakim Mohd Nizam,16 tahun berkata dia yang sedang memancing ketika itu bertindak terjun untuk menyelamatkan rakannya itu namun gagal sebelum meminta bantuan beberapa penduduk yang kebetulan ada di situ.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur