2024-12-04 HaiPress

Mohammad Hazerel Ashraf Hazelan menunjukkan kawasan hakisan tanah runtuh di bahagian belakang stor bengkel keretanya/RTM
GUA MUSANG,4 Disember- Enam sekeluarga yang tinggal di Simpang Jerek,di sini,Kelantan hidup dalam kegusaran selepas kawasan kediaman mereka diancam hakisan tanah runtuh pada Ahad lalu.
Mohammad Hazerel Ashraf Hazelan bersama isteri dan empat anak dikejutkan dengan bunyi kuat sekitar pukul 11.00 malam,sebelum mendapati struktur tanah di bahagian belakang stor bengkel kereta mereka runtuh.
"Saya dengar bunyi kuat. Pada mulanya,dengar tanah runtuh sebelah sana. Kemudian,ada khabar runtuh juga di kawasan sini. Tak sangka kawasan sini pun boleh runtuh.
"Pagi sebelum tanah runtuh,hujan lebat menyebabkan pembetung berhampiran rumah saya melimpah ke atas jalan. Kalau pembetung itu tidak sumbat,mungkin tidak ada masalah," katanya ketika ditemui pemberita RTM.
Kejadian tersebut dilapor berlaku serentak dengan runtuhan laluan di Kilometer 35,Jalan Gua Musang-Jeli yang menyebabkan jalan tersebut terputus hubungan.
Sementara itu,Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Gua Musang,Nik Raisnan Daud berkata pihak agensi berkaitan sedang mengesan gerakan tanah yang boleh menyebabkan runtuhan rumah penduduk.
Nik Raisnan berharap Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan tebing runtuh lebih serius yang boleh mengancam keselamatan penduduk di kawasan terlibat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur