2024-12-04 HaiPress

FOTO FAIL
KOTA BHARU,4 Disember - Semua aset bagi melancarkan operasi menyelamat penduduk terjejas banjir di Kelantan termasuk sebuah helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan sudah bersedia untuk menghadapi banjir gelombang kedua akan datang.
Timbalan Pengarah JBPM Kelantan Aswafaizole Abdul Wahab berkata,kesemua aset tersebut berada di balai-balai bomba terlibat.
"Kita ada minta bantuan daripada negeri-negeri berhampiran seperti Terengganu,Negeri Sembilan,Pusat Akademi Kebombaan KKB dan Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai,kita dah bersedia di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai yang mana sebuah helikopter sudah sedia untuk membantu jika berlaku lagi fasa kedua nanti.
"Kita akan tambah dari semasa ke semasa jika gelombang yang kedua itu lagi teruk kita akan minta bantuan dari negeri terlibat",kata Aswafaizole kepada RTM ketika meninjau bilik gerakan banjir di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Tunjong.
Menurut Aswafaisoule,walaupun situasi banjir di negeri itu menunjukkan trend penurunan,namun pasukannya tetap bersiap siaga segala kemungkinan banjir atau gelombang kedua dan sentiasa merujuk kepada maklumat cuaca daripada Jabatan Meteorologi (METMalaysia).
METMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dalam tempoh bermula 8 hingga 14 Disember ini. Keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.
Kelantan merekodkan jumlah penduduk terjejas banjir tertinggi bagi gelombang banjir pertama,iaitu lebih 97,000 individu daripada 29,000 keluarga yang berlindung di 283 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 10 daerah.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur