2024-12-04 HaiPress

Aiman Athirah Sabu
KUALA LUMPUR,4 Disember- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menegaskan bahawa Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dilaksanakan tidak melibatkan permohonan berkonsepkan Skim Pinjaman Rumah Panjang Sarawak (SPRP).
Timbalan Menterinya,Datuk Aiman Athirah Sabu berkata bahawa kementerian sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah.
Beliau menambah,KPKT akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat di seluruh negara termasuk Semenanjung,Sabah dan Sarawak mendapat akses kepada perumahan yang mampu milik.
"Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) adalah agensi yang menyediakan SPRP. Skim ini memberikan pinjaman tanpa faedah untuk pembinaan rumah baharu dan pembaikan rumah panjang yang uzur,dengan tempoh bayaran selama 25 tahun.
"Peruntukan dalam bentuk geran untuk skim ini disalurkan oleh KKDW serta Kerajaan Negeri," katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah beliau,kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.686 bilion kepada SPNB untuk melaksanakan RMR,dengan sasaran pembinaan 20,328 unit di seluruh negara.
Setakat ini,19,417 unit telah siap dibina,693 unit masih dalam pembinaan dan 218 unit lagi telah diluluskan untuk pembinaan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur