2024-12-04 HaiPress

BANK NEGARA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,4 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem. kewangan
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.19 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.90 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menawarkan tiga tender repo berbalik yang terdiri daripada RM2.5 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 33 hari dan RM1.0 bilion bagi 90 hari.
Ia akan turut melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM350 juta untuk tujuh hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM23.3 bilion. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur