2024-12-04 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,4 Disember- Ringgit kekal lebih rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur terus berwaspada mengenai perkembangan pasaran global,kata penganalisis.
Pada 8.02 pagi,ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mungkin mengalami permulaan yang membimbangkan,tetapi sebahagian besar unit domestik dijangka terus kukuh berikutan korelasi Malaysia yang lazimnya tidak banyak dipengaruhi oleh pergerakan won Korea Selatan.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada awal pagi Rabu mengumumkan menarik balik undang-undang tentera yang diisytiharkan beliau pada Selasa.
Innes berkata penetapan nilai yuan China menjadi tumpuan hari ini,terutama selepas yuan luar pesisir diuji pada paras 7.30 semalam.
“People's Bank of China telah menetapkan nilai yuan dalam negara di bawah 7.20. Apa-apa pelarasan melebihi nilai ini boleh menimbulkan cabaran bagi mata wang serantau.
“Langkah sedemikian mungkin dilihat sebagai isyarat penurunan,mendorong peniaga untuk menjual mata wang yang erat dengan China,seperti ringgit,di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat," katanya kepada Bernama.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berkata Kaji Selidik Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja Amerika Syarikat lebih rendah berbanding jangkaan iaitu 7.744 juta pada Oktober daripada anggaran konsensus 7.51 juta,menunjukkan pasaran buruh lemah.
Pada masa sama,ketidakstabilan politik melanda Korea Selatan berikutan undang-undang tentera yang ditamatkan segera.
"Keadaan ini menunjukkan sentimen enggan mengambil risiko buat masa ini,menunjukkan dolar AS mungkin mendapat permintaan tinggi berikutan peniaga dan pelabur mencari perlindungan daripada pasaran yang tidak menentu," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi daripada sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6589/6716 daripada 5.6643/6700 pada Selasa,mengukuh berbanding euro kepada 4.6923/7028 daripada 4.7003/7050 tetapi menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.9844/9913 daripada 2.9825/9859 semalam.
Unit tempatan turut diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3199/3276 daripada 3.3223/3261 semasa ditutup pada Selasa dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.64 daripada 7.62/7.63.
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 13.0023/0398 daripada 12.9854/13.0042 semalam tetapi meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 279.9/280.7 daripada 280.1/280.5 sebelum ini. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur