2024-12-05 HaiPress

Sebanyak enam treler digunakan dalam misi kemanusiaan Rakan NADMA Disaster Simulation Exercise (RANDEX) untuk membantu penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu / Foto FB NADMA
KUALA LUMPUR,5 Disember – Sebanyak enam treler digunakan dalam misi kemanusiaan Rakan NADMA Disaster Simulation Exercise (RANDEX) untuk membantu penduduk terjejas banjir di Kelantan dan Terengganu.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan memaklumkan barangan bantuan yang dihantar termasuk bekalan makanan,kit kebersihan,kit keluarga,dan kit kembali ke sekolah.
Lima treler dihantar ke Kelantan,manakala satu treler dibawa ke Kuala Terengganu dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.
Misi ini dikoordinasikan melalui kolaborasi strategik antara NADMA sebagai agensi penyelaras,RED A Humanitarian Development Global,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan,dan pelbagai NGO di bawah Rakan NADMA.
Keberkesanan penghantaran bantuan diperkukuh dengan kerjasama erat antara Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan PKOB Pusat.
Sumbangan utama kepada misi ini adalah daripada GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) yang menyumbang sebanyak 13.7 juta Ringgit.
GDRN,yang melibatkan 23 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),turut menyediakan perkhidmatan klinik bergerak,perkhidmatan perubatan,dan program baik pulih infrastruktur untuk mangsa bencana.
Sejak penubuhannya pada 2016,seramai 27,000 sukarelawan dan pemain sektor kemanusiaan telah mendaftar sebagai Rakan NADMA.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur