2024-12-05 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
PUTRAJAYA,5 Disember- Kerajaan serta agensi yang terlibat perlu bertindak dengan lebih pantas untuk merealisasikan pelan transformasi yang telah dirangka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu penting bagi memastikan keperluan asas negara berada dalam keadaan kukuh. Ini mengambil kira peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Menurut beliau,antara teras kepada Kepengerusian ASEAN tahun depan termasuk Grid Tenaga ASEAN,Rangkaian Digital,selain Teknologi Makanan.
"Kadang-kadang kerja lambat itu,bagi saya bagaimana kita hendak tingkatkan transisi tenaga,transformasi digital,AI (kecerdasan buatan),sedangkan perkara asas dibina dalam negara tidak dapat disiapkan",katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya.
Dalam ucapannya itu,beliau merujuk kepada hasil Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Perindustrian ke-4,yang berlangsung semalam.
Ia berhubung kelewatan beberapa agensi terlibat menguruskan pelaksanaan MyDigital serta rundingan antara Digital Nasional Berhad (DNB) bersama syarikat telekomunikasi yang belum menunjukkan perkembangan positif.
Mengulas lanjut,Perdana Menteri turut membuat permohonan maaf kepada menteri serta agensi yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.
Katanya,tekanan dan penegasan diberikan memandangkan beberapa isu timbul melibatkan pelaksanaan beberapa inisiatif yang belum menunjukkan kemajuan.
"Ada beberapa masalah rumit berbangkit,saya kurang sabar dalam dua tahun ini,saya rasa kemarahan agak keras sikit. Jadi,saya minta maaf... Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ada,Gabenor Bank Negara ada... kerana kadang-kadang harapan kita tinggi.
"Saya hilang kesabaran,marah ada batas. Semalam,saya agak terlanjur kemarahan,saya minta maaf kepada yang hadir. Saya juga ada kekurangan,harapan tinggi dan harapan menggunung,kadang-kadang tidak kesampaian",ujarnya.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur