2024-12-05 HaiPress

Sekitar penutupan PPS Dewan Badminton Felda Lubuk Merbau di Padang Terap,Kedah,petang semalam/Foto Facebook Apm Kedah
KUALA LUMPUR,5 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu,Kedah dan Johor terus berkurangan pagi ini manakala tiada perubahan di Kelantan,Perak,Melaka dan Pahang,menurut data Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setakat pukul 8.00 pagi tadi.
Jumlah terkini penduduk terjejas banjir di tujuh negeri itu ialah 48,562 orang berbanding 49,406 orang malam tadi manakala kes kematian kekal sembilan orang.
Penduduk terjejas di KELANTAN kekal 34,672 orang di 83 PPS membabitkan 11,041 keluarga,manakala di TERENGGANU menunjukkan pengurangan kepada 8,032 orang (2,006 keluarga) di 31 PPS berbanding 8,696 orang (7,423 keluarga) malam tadi.
Di KEDAH juga berkurangan kepada 5,075 orang (1,530 keluarga) di 26 PPS berbanding 5,280 orang (1,592 keluarga) malam tadi,diikuti JOHOR menurun kepada 1,009 orang (281 keluarga) yang masih berlindung di 18 PPS berbanding 1,039 orang (295 keluarga) malam tadi.
Penduduk terjejas di PERAK dan MELAKA pagi ini juga kekal,masing-masing 167 dan 160 orang membabitkan 58 dan 41 keluarga yang ditempatkan lima PPS di Melaka serta dua PPS di Perak.
Di PAHANG turut kekal seramai 51 orang daripada 12 keluarga yang berlindung di empat PPS.
Dalam pada itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir,hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan sehingga 1.00 tengah hari ini.
Kawasan terlibat termasuk Mukah (Daro),Miri (Subis,Beluru,Miri,dan Marudi) serta Limbang di Sarawak; Pedalaman (Sipitang,Kuala Penyu,dan Beaufort) di Sabah; dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Amaran terbabit dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku lebih sejam.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur