2024-12-05 HaiPress

Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR,5 Disember- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengaktifkan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk memastikan emosi dan pembelajaran murid tidak terjejas sepanjang musim banjir ketika ini,kata MenterinyaFadhlina Sidek.
"SST terdiri daripada sukarelawan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang berpengalaman serta terlatih dalam menyokong emosi murid yang terkesan dengan situasi banjir.
"AST pula membantu murid meneruskan pembelajaran walaupun berada di PPS,"katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Roslan Hashim di Dewan Rakyat.
TambahFadhlina,sebanyak 470 institusi pendidikan telah dijadikan PPS termasuk 392 sekolah rendah,77 sekolah menengah dan satu kolej vokasionalsejak bermulanya Monsun Timur Laut bulan lalu.
Kelantan mencatat jumlah tertinggi dengan 240 sekolah dijadikan PPS,diikuti Terengganu (137 sekolah) dan Kedah (51 sekolah).
"Sehingga 8.00 pagi ini,sebanyak 117 sekolah masih beroperasi sebagai PPS. Ini merangkumi 93 buah sekolah rendah dan 24 buah sekolah menengah.
"Seramai 7,212 murid masih berada di PPS premis sekolah dengan pecahan mengikut negeri seperti berikut -- Kelantan seramai 5,305 murid,Terengganu (1,090),Kedah (767),Melaka (30),Johor (18) dan Perak (dua)," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa KPM telah mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir seawal bulan November lalu untuk menyelaras maklumat berkaitan.
Kesemua data itu direkodkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan dilaporkan ke Dashboard Pelaporan Banjir KPM.
Langkah berkenaan bertujuan memastikan bantuan dapat disalurkan secara efisien serta meminimumkan gangguan terhadap pembelajaran murid di PPS sepanjang musim banjir.
Dalam pada itu,Fadhlina menjelaskan bahawa Yayasan Didik Negara turut memainkan peranan penting dalam memastikan bantuan disalurkan terutama melibatkan barang keperluan asas seperti peralatan sekolah dan keperluan lain.
"Ini bukan sahaja melibatkan murid,tetapi juga guru-guru dan sekolah yang kita pasti akan menghadapi peningkatan permintaan bagi bantuan ini," ujarnya.
Fadhlina juga merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM2.9 juta untuk membaik pulih PPS yang terkesan akibat banjir.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur