2024-12-05 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,5 Disember - Malaysia mengambil maklum terhadap ancaman Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif 100 peratus kepada negara anggota BRICS sekiranya mereka meneruskan penggunaan mata wang baharu.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,hubungan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah penting bagi kedua-dua negara.
Katanya,walaupun Malaysia hanya merupakan rakan kongsi blok ekonomi itu,Malaysia akan terus memantau rapat perkembangan kemungkinan kenaikan tarif oleh AS susulan perubahan kepimpinan,yang dijangka beri kesan kepada negara.
“Berdasarkan statistik semasa pada tahun 2023 contohnya Amerika Syarikat merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia manakala Malaysia pula merupakan rakan dagang ke-19 terbesar Amerika Syarikat.
“Oleh yang demikian,sebarang langkah mengenakan tarif 100 peratus akan hanya merugikan kedua-dua belah pihak yang mana saling bergantung dalam usaha untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan global memandangkan dolar AS masih penting dalam sistem kewangan global," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab persoalan Ahli Parlimen Bentong,Young Syefura Othman mengenai pendirian Malaysia terhadap ancaman Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump yang mengancam untuk mengenakan 100 peratus tarif ke atas negara-negara BRICS untuk menggantikan dolar Amerika.
Menurut Zafrul,Malaysia juga akan terus memantau secara rapat sebarang perkembangan yang mungkin memberi kesan kepada negara terhadap penggunaan mata wang lain.
Oleh itu,katanya,kerajaan perlu mengkaji lebih teliti dalam urusan perdagangan dan pelaburan.
“Sebarang keputusan mengenai perkara ini hendaklah berlandaskan kepentingan negara serta selari dengan dasar-dasar semasa negara,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur