2024-12-05 HaiPress

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh
BANDA HILIR,5 Disember- Kerajaan Negeri Melaka menubuhkan Majlis Perbandaran Mampan dan Perubahan Iklim Melaka (MPMPI) sebagai usaha menghadapi cabaran perubahan iklim dan seterusnya menuju ke arah kelestarian.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata,badan itu akan merangka,menyelaras dan memantau pelaksanaan dasar serta strategi kemampanan negeri.
Menuru Ab Rauf,melihat kepada Laporan Inventori Pelepasan Gas Rumah Kaca Negeri Melaka pada tahun 2019,pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) di negeri itu merekodkan sebanyak 9.8 juta tan karbon dioksida(CO2) iaitu peratusan terbesar menerusi sektor tenaga daripada industri.
"Memandangkan kita juga perlu juga mempraktikkan konsep rendah karbon kerana pengeluaran tenaga daripada kilang-kilang akan mempengaruhi perubahan iklim juga menyebabkan melaka tidak terkecuali menerima bahana daripada kesan itu.
"Perkara ini telahpun diputuskan oleh esg. jadi penubuhan ini akan memberikan satu kesan baru dalam melaksana dan melestarikan alam sekitar selain mematuhi keperluan global supaya mengurangkanpelepasan karbon," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bursa Malaysia - Melaka ESG Summit 2024: Enhancing Value Creation For Melaka's Public Listed Companies and Small Medium Enterprises di sini.
Dalam perkembangan lain Ab Rauf turut memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Melaka akan bersidang pada 27,30 dan 31 Disember depan.
Persidangan itu akan bermula dengan pembentangan Bajet 2025 Negeri Melaka pada Jumaat,27 Disember.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur