2024-12-05 HaiPress

Keadaan sungai Temerloh,Pahang setakat semalam
TEMERLOH,5 Disember - Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Pahang kekal seramai 51 orang setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Kesemua mereka terdiri daripada 12 keluarga kini ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Bera,Maran,dan Temerloh.
Berdasarkan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat,daerah Bera mencatat jumlah penduduk tertinggi yang dipindahkan,iaitu 24 orang yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuruh.
Ini diikuti di kawasan Maran dengan 15 orang yang berlindung di PPS Balairaya Kampung Baru Pertanian,serta Temerloh dengan 12 orang yang ditempatkan di dua PPS,iaitu Masjid Bukit Kepayang dan Surau Kampung Lompat.
Menurut laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),paras air Sungai Luit di Kampung Subuh,telah melepasi aras bahaya dengan bacaan 27.18 meter,berbanding aras normal 24 meter,dan menunjukkan trend menaik.
Penduduk dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur