2024-12-05 HaiPress

Trend banjir di Kelantan menunjukkan penurunan setakat 3 petang tadi/Foto APM Kelantan
KOTA BHARU,5 Disember - Situasi banjir di Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah penduduk terjejas banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berkurang kepada 27,497 individu daripada 8,830 keluarga.
Kesemua mereka kini ditempatkan di 71 PPS yang masih beroperasi melibatkan dua daerah di Tumpat dan Pasir Mas
Daerah Kota Bharu pula pulih sepenuhnya selepas 403 individu daripada 111 keluarga di PPS SK Seri Ketereh dibenarkan pulang ke rumah mereka hari ini.
Rata-rata penduduk yang ditemui melahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan dan layanan yang diterima di PPS.
Pengalaman seorang penduduk terjejas banjir,Muhd Hashim Jaafar yang bekerja sendiri menafikan dakwaan negatif mengenai kekurangan bekalan makanan di PPS.
"Pengurusan di sini Alhamdulillah,apa yang kita dengar pasal tular kata tak cukup makan tu tak betul sama sekali
"Di sini makanan berlebihan,kadang-kadang sampai boleh dihantar ke tempat lain. Apa yang tular semua tu sebenarnya tak betul,sebab mereka yang bercakap bukan tinggal di sini," katanya.
Nik Naismaini Nik Ismail,seorang suri rumah,turut berkongsi keselesaan walaupun ramai yang berlindung di PPS.
"Tempat tinggal pun selesa juga,walaupun ramai orang. Tempat makan pun baik,makan tiga kali sehari,lauk pun memuaskan," katanya.
Robiah Ramli,juga suri rumah,memuji layanan yang diberikan.
"Layanannya baik. Makan minum pun memuaskan,tempatnya juga selesa untuk berlindung," katanya.
Nur Alisha Azanin pula berpuas hati dengan kemudahan khemah dan kebersihan di PPS.
"Berpuas hati kerana disediakan khemah walaupun cuaca panas,ada juga tempat berteduh.
"Makanan yang disediakan memuaskan,ada ahli jawatankuasa (AJK) yang membantu,dan kemudahan tandas juga diuruskan dengan baik oleh AJK. Secara keseluruhan,semuanya bagus di sini," katanya.
Ketika ini,Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 15,555 orang,diikuti Pasir Mas sebanyak 11,942 orang.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur