2024-12-05 HaiPress

Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR,5 Disember- CyberSecurity Malaysia berjaya menyelesaikan 164 daripada 218 kes insiden-insiden penipuan e-mel dan serangan berasaskan e-mel termasuk pancingan data direkodkan hingga bulan Oktober tahun ini.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata 164 kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam mengikut ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan.
"Selain itu,pindaan ke atas Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang telah diwartakan pada 17 Oktober 2024 merupakan salah satu inisiatif kementerian ini bagi mengawal penipuan e-mel termasuk pancingan data.
"Peruntukan baharu pindaan akta yang sama turut meletakkan tanggungjawab kepada pemproses data untuk memastikan mana-mana organisasi menguatkuasakan langkah-langkah keselamatan lebih baik bagi mengurangkan risiko pendedahan data peribadi," katanya.
Beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berhubung penipuan emel dan serangan berasaskan emel yang membabitkan pelanggan,kakitangan dan pemegang kepentingan majoriti firma-firma terkemuka di Malaysia.
Pada masa sama beliau juga mahu perincian berkenaan usaha kementerian itu dalam meningkatkan perlindungan terhadap pancingan data (data phishing) dan menambah baik keselamatan siber di negara ini.
Berkenaan perkara itu Gobind memaklumkan pihak Kementerian Digital melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah mewujudkan lapan tata amalan antaranya; tata amalan umum dan tujuh tata amalan pengguna data.
Menerusinya,beberapa langkah keselamatan ICT perlu dipraktikkan sesebuah organisasi dalam meningkatkan langkah-langkah keselamatan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur