2024-12-05 HaiPress

Malaysia belum mempunyai sebarang cadangan untuk menyertai New Development Bank (NDB) pada masa ini / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,5 Disember – Malaysia belum mempunyai sebarang cadangan untuk menyertai New Development Bank (NDB) pada masa ini,menurut Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI).
Menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara,MITI memaklumkan,sekiranya keperluan untuk menyertai NDB timbul,Malaysia perlu bersedia menyumbang kepada institusi kewangan tersebut.
Bagaimanapun,langkah tersebut akan menambah komitmen kewangan sedia ada negara,di samping mengambil kira beberapa faktor penting seperti had hutang negara yang ditetapkan pada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kebergantungan kepada agensi kewangan tempatan.
MITI turut menjelaskan,analisis kos dan faedah yang menyeluruh perlu dilakukan untuk menentukan manfaat keahlian dalam NDB.
Ini termasuk menilai syarat keahlian,komitmen kewangan,dan kuasa mengundi Malaysia dalam institusi itu.
Sebagai persediaan awal,Malaysia boleh memohon untuk menjadi pemerhati dalam mesyuarat Lembaga NDB.
Langkah ini dijangka memberikan gambaran lebih jelas mengenai operasi dan tadbir urus NDB sebelum mempertimbangkan penyertaan rasmi.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur