2024-12-05 HaiPress

Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,4 Disember – Sebanyak 13 peratus daripada 477,571 peminjam di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan pinjaman hutang melebihi RM3.2 bilion melalui Program Pengurusan Kredit.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata program tersebut membantu peminjam menstrukturkan semula pinjaman mereka dan memastikan pembayaran balik dapat diteruskan.
“Program ini dapat mengelakkan peminjam daripada tindakan undang-undang seperti kebankrapan sekiranya gagal membayar balik pinjaman,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara,di sini.
Sejak ditubuhkan pada 2006,AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu menerusi khidmat nasihat kawal selia kewangan secara percuma.
Untuk mengurangkan kadar kebankrapan,AKPK bekerjasama dengan institusi kewangan bagi melaksanakan inisiatif mengeluarkan notis kepada peminjam sebagai langkah pencegahan awal.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur