2024-12-05 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,5 Disember- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis di sebalik sentimen belian lebih baik terhadap mata wang tempatan,kata seorang penganalisis.
Pada 8.00 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.4400/4550 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.4505/4550 semalam.
Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata apabila ketegangan di Korea Selatan semakin reda dan hasil bon AS terus menurun,pasaran akan menyaksikan kestabilan dalam pasaran Asia.
Beliau berkata hasil Perbendaharaan AS selama dua tahun telah menurun kepada 4.12 peratus,paras terendah sejak pilihan raya presiden AS pada 5 November lepas.
Gabungan hasil lebih rendah dan dolar US yang semakin lemah telah mencetuskan kemeriahan dalam pasaran kewangan dan ia berada dalam situasi mencabar terutamanya selepas pergolakan politik di Korea Selatan baru-baru ini,katanya.
"Walaupun kita boleh menjangkakan ringgit dibuka pada tahap yang lebih kukuh hari ini,sejauh mana peningkatan dalam pasaran pertukaran asing ASEAN ini akan bergantung sama ada kita melihat aktiviti media sosial Presiden AS tidak aktif secara berterusan," kata Innes kepada Bernama .
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang.
Bagaimanapun,ia masih belum dapat dilihat sama ada trend sedemikian boleh membantu meningkatkan nilai mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit.
"Nampaknya ketidaktentuan dalam situasi politik di Perancis dan Korea Selatan mungkin telah membawa kepada sentimen berhati-hati yang akan diterjemahkan kepada lebih banyak permintaan terhadap dolar US,ditambah dengan dasar Donald Trump mengenai tarif...sama ada perang perdagangan dirancang akan dipercepatkan tahun depan," katanya kepada Bernama.
Dalam dagangan awal,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia naik berbanding pound Britain kepada 5.6370/6561 daripada 5.6415/6472 pada Rabu,meningkat berbanding euro kepada 4.6660/6818 daripada 4.6735/6782 semalam dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9500/9601 daripada 2.9546/9580 sebelumnya.
Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3031/3147 daripada 3.3057/3093 pada Rabu dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.62/7.65 daripada 7.64/7.65,meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9510/13.0088 daripada 12.9563/9751 semalam dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 278.5/279.6 daripada 279.2/279.6 sebelumnya. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur