2024-12-06 HaiPress

Charles Santiago
CYBERJAYA,5 Disember- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menggesa Selangor dan pihak berkuasa alam sekitar untuk melakukan operasi dan membuat pemeriksaan kilang di kawasan Kuang bagi memastikan premis-premis berkenaan tidak membuang sisa ke dalam anak sungai yang mengalir ke Sungai Selangor.
Pengerusi SPAN Charles Santiago berkata,berdasarkan siasatan tersebut,terdapat pelanggaran undang-undang melibatkan penyewa utama premis yang mempunyai lesen perniagaan yang sah membenarkan penyewa sub menguna pakai lesen tersebut tanpa pengetahuan pihak berkuasa tempatan atau kebenaran Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Penyewa utama pinjamkan EIA dan semua dokumen undang-undang lain kepada penyewa A,jadi ini adalah pengaturan dalaman yang mereka ada tetapi ini menyalahi undang-undang.
"Adakah permasalahan ini berlaku di kawasan Kuang sahaja atau bagaimana? Sekiranya mereka tidak menggunakan garis panduan sedia ada dan melanggar undang-undang ia akan membelri implikasi kepada keselamatan air," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas mengenai insiden Gangguan Bekalan Air Akibat Pencemaran Air Mentah di Sungai Kuang di SPAN,di sini.
Siasatan itu mendapati terdapat kebocoran bahan kimia Poly Methacrylic Acid dari sebuah kilang kitar semula plastik dipercayai milik seorang warganegara China yang menjalankan perniagaan secara tidak sah yang menjadi punca pencemaran bau di Sungai Kuang pada 22 Julai lalu.
Insiden berkenaan turut menyebabkan pengoperasian empat buah loji rawatan air terpaksa dihenti tugas secara sementara oleh operator air pada 23 Julai lalu.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur