2024-12-06 HaiPress

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah/ BERNAMA
KLANG,5 Disember- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kekesalan dan dukacita dengan tahap kebersihan Bandaraya Diraja Klang.
Sultan Selangor melihat masih terdapat banyak kawasan di bandar raya itu masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai tercemar dengan sampah sarap.
"Beta banyak menerima rungutan daripada orang ramai terutama para pelancong dalam dan luar negara termasuk pelancong kapal cruise yang masuk melalui pintu masuk utama pelabuhan Klang yang menyatakan permandangan di pelabuhan Klang dan Bandaraya Diraja Klang begitu tercemar dengan sampah sarap dan amat menjijikkan.
"Tidak guna kita berbangga dengan pencapaian pembangunan yang pesat jika perkara asas berkaitan kebersihan pun kita gagal laksanakan dan mengatasinya," demikian titah baginda.
Baginda bertitah bersempena dengan perasmian Masjid Jamek Cina Muslim Klang di sini.
Akibat daripada keadaan sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap,longkang-longkang tersumbat tidak dijaga dengan rapi telah mengakibatkan banjir sering berlaku di Bandaraya Diraja Klang.
"Takkanlah kita ingin gunakan alasan bahawa banjir berlaku disebabkan perubahan iklim dunia atau tahap penurunan hujan yang tinggi dan luar biasa," titah Sultan Sharafuddin.
Dalam pada itubaginda turut menzahirkan perasaan dukacita atas penderitaan rakyat akibat banjir yang sering melanda saban tahun.
"Baginda ingin menegaskan,jika sekiranya sesuatu kontraktor yang diberikan tanggungjawab melaksanakan projek mengatasi masalah banjir ini gagal melaksanakan amanah yang diberikan dengan berkesan,kerajaan negeri seharusnya melantik kontraktor lain yang lebih berwibawa dan mampu mengatasi masalah banjir.
"Tidakkah kita mahu belajar dari kesilapan lalu terutamanya Bencana banjir pada Disember 2021 lalu yang hampir melumpuhkan sebahagian daerah di negeri Selangor dan cuba memperbaikinya dengan berkesan demi kepentingan rakyat," titah baginda.
Dalam pada itu baginda turut menitahkan Majlis Bandaraya Diraja Klang dan kerajaan negeri untuk mengambil langkah segera serta mewujudkan pelan menyeluruh disokong pasukan petugas khas bagi mengatasi masalah banjir di negeri itu.
Pada masa sama memastikan peruntukan kewangan yang dikhaskan untuk mengatasi masalah banjir perlu dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan rakyat.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur