2024-12-06 HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,5 Disember - Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah meneliti dua kertas pembentangan berkaitan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau,serta hala tuju GovTech Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di akaun media sosial X berkata,mesyuarat tersebut turut membincangkan status terkini tindakan berkaitan isu-isu terkait perkhidmatan rangkaian rel pengangkutan awam di Lembah Klang.
"Perkara ini perlu diberi penekanan,khususnya pelaksanaan segera dan tersusun demi kebaikan serta meningkatkan kualiti hidup warga kota,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam hantaran itu.
GovTech Malaysia atau Government Technology diwujudkan bagi memperhebat revolusi digital ke arah meningkatkan keupayaan kerajaan dalam kualiti data awam,inovasi awam serta perkhidmatan awam secara lebih holistik
Ia merupakan pendekatan 'Whole of Government' dalam pemodenan sektor awam,yang menekankan kepada tiga aspek iaitu berpaksikan rakyat; akses universal kepada perkhidmatan kerajaan dan pendekatan keseluruhan kerajaan terhadap transformasi kerajaan digital yang dipelopori Bank Dunia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur