2024-12-06 HaiPress

Foto RTM
TUMPAT,5 Disember - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Balah telah dibuka semula menempatkan 15 penduduk terjejas banjir,selepas daerah Jeli sekali lagi dilanda banjir.
Ia sekali gus menjadikan jumlah terkini penduduk terjejas banjir di Kelantan ialah seramai 23,366 orang terdiri daripada 7,551 keluarga yang berlindung di 50 PPS.
Portal InfoBencana JKM melaporkan setakat pukul 11.00 malam,daerah Tumpat merekodkan jumlah tertinggi iaitu 13,879 individu daripada 4,345 keluarga di 32 PPS.
Manakala Pasir Mas pula 9,468 individu daripada 3,202 keluarga berlindung di 17 PPS.
Di Pahang pula setakat pukul 11.00 malam jumlah penduduk terjejas banjir di daerah Maran kekal seramai 15 orang daripada lima buah keluarga.
Menurut portal InfoBencana JKM,kesemua penduduk terjejas itu kini masih berlindung di sebuah PPS di Balai Raya Kampung Baru Pertanian,Maran.
Dalam pada itu,berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan,sungai Luit di kampung subuh,Maran telah melepasi aras bahaya dengan bacaan 27.18 meter berbanding aras normal 24 meter.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur