2024-12-06 HaiPress

Kebakaran membabitkan ladang ternakan ayam di Jalan Matang Batu 8,Kuching / FOTO JBPM SARAWAK
KUCHING,6 Disember- Lebih 10,000 ekor ayam yang diternak di sebuah ladang ternakan di Jalan Matang Batu 8,Kuching hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.
Laporan Pusat Gerakan Operasi,PGO Bomba Sarawak memaklumkan,kebakaran tersebut melibatkan satu blok reban ayam.
PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 minit pagi dan menggerakkan 19 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat,BBP Petra Jaya dibantu BBP Batu Lintang.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 4.42 minit pagi dan kerja-kerja baik pulih masih dijalankan.
Sementara itu dalam satu lagi kejadian di Sejingkat,empat buah gerai jualan di Pasar Tani,Jalan Demak Laut musnah dalam kebakaran.
PGO Bomba Sarawak berkata,pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.32 minit pagi.
Seramai lapan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya digegaskan ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memadam kebakaran tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," menurut PGO.
Kebakaran membabitkanempat buah gerai jualan di Pasar Tani,Jalan Demak Laut,Sejingkat / FOTO JBPM SARAWAKEmpat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur