2024-12-06 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,6 Disember-Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan,Terengganu,Kedah,Perak,Melaka dan Pahang terus berkurangan setakat pukul 4.00 petang.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri terjejas banjir menurun kepada 52,596 orang berbanding 18,542 orang dengan 5,784 keluarga masih berlindung di 89 Pusat Pemindahan sementara (PPS).
Jumlah mangsa di Kelantan berkurang kepada 12,736 orang berbanding 23,366 orang pukul 10.00 pagi tadi.
Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Jajahan Tumpat merekodkan 8,514 penduduk terjejas daripada 2.608 keluarga dengan 20 PPS masih dibuka.
Jajahan Pasir Mas pula mencatatkan 4,200 penduduk terjejas dengan 1.348 keluarga masih berlindung di 10 PPS.
Di Pahang,penduduk terjejas banjir kekal tidak berubah dengan 15 orang daripada lima keluarga di daerah Maran.
Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),kesemua penduduk terjejas itu kini masih berlindung di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balairaya Kampung Baru Pertanian,Maran.
Dalam pada itu,berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan,Sungai Pahang di Lubuk Paku,Maran dan Sungai Luit di Kampung Subuh,Maran telah melepasi paras amaran.
Di Johor,jumlah penduduk terjejas banjir terus menurun kepada 789 orang berbanding 939 orang pada pukul 10.00 pagi tadi.
Di Melaka,jumlah penduduk terjejas banjir tidak berubah iaitu dengan 140 orang di dua PPS.
Di Kedah pula,penduduk terjejas banjir menunjukkan trend penurunan dengan 4,626 orang berbanding 5,285 orang pagi tadi.
Di Terengganu,situasi banjir semakin pulih apabila penduduk terjejas banjir di dua daerah berkurangan kepada 131 orang berbanding 476 pada pukul 10.00 pagi tadi.
Di Perak,jumlah mangsa banjir terus menurun dengan 126 mangsa masih berlindung di tiga PPS.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur