2024-12-06 HaiPress

FOTO RTM
CYBERJAYA,6 Disember- Lebih 21,000 unit pelbagai jenis peranti perubatan telah disita daripada sebuah syarikat pembekal peranti perubatan kerana tidak mempunyai lesen yang sah.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,Dr. Muralitharan Paramasua berkata,serbuan dijalankan di kawasan Sungai Besar Selangor pada 28 November hasil daripada aduan orang awam.
Tambah beliau syarikat terbabit dipercayai telah mengedarkan pelbagai jenis peranti perubatan secara dalam talian tanpa pendaftaran yang sah.
"Pelbagai jenis peranti perubatan yang dijual antaranya pembalut luka pelbagai saiz,kit ujian kesuburan,kit ujian kehamilan,kondom dan kain kasa yang dianggarkan jumlahnya daripada nilai RM45,000 dalam satu syarikat sahaja," katanya.
Kes disiasat mengikut Akta 737,Seksyen 5(1) dan Seksyen 15(1),yang boleh mengakibatkan denda sehingga RM200,000 atau penjara hingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
MDA menasihatkan orang ramai,terutama peruncit dan penyedia perkhidmatan kesihatan,untuk menyemak status lesen dan sijil pendaftaran peranti perubatan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur