2024-12-06 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 Disember- Seramai 2.65 juta daripada 7.33 juta ahli aktif formalKWSP telah mencapai simpanan asas mengikut umur,setakat 30 Oktober 2024.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF),ia melibatkan ahli berusia antara 18 hingga 55 tahun.
MOF menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen menjelaskan,jumlah itu meningkat berbanding 2.21 juta daripada 7.25 juta ahli aktif formal dicatatkan pada Disember 2022.
Ketidakcukupansimpanan persaraan adalah disebabkan beberapa faktor seperti struktur gaji yang rendah dan caruman tidak konsisten.
Kadar celik kewangan yang rendah turut menyebabkan kurang kesedaran terhadap kepentingan perancangan kewangan dan persaraan.
Simpanan asas ialah jumlah simpanan dalam Akaun Persaraan yang ditetapkan KWSP bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur