2024-12-06 HaiPress

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli / Foto RTM
MASJID TANAH,6 Disember-Penduduk yang terjejas banjir yang mengalami masalah lesen Kenderaan Motor (LKM) atau geran kenderaan hilang dan rosak tidak perlu membuat sebarang penggantian dokumen berkenaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,ia berikutan segala maklumat seperti lesen memandu Malaysia (LMM),Lesen kenderaan motor (LKM) mahupun Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) telah didigitalkan dan terdapat dalam aplikasi MyJPJ.
" Kalau berlaku kehilangan lesen ataupun cukai jalan itu tidak men jadi masalah sekarang ini kerana ia adalah menjadi tangggungjawab kepada agensi penguat kuasa itu sendiri,JPJ atau PDRM untuk menentukan sama ada pemilik itu mempunyai lesen yang sah atau tidak perlu risau kerana mana-mana yang terkesan tidak perlu membuat pengantian.
" Kita masih lagi bertanggungjawab itu terletak di bahu agensi penguat kuasa itu sendiri",katanya demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian JPJ Cawangan Masjid Tanah yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Dalam pada itu,Datuk Aedy berkata,pembukaan JPJ Cawangan Masjid Tanah mampu mengurangkan 10 hingga 20 peratus kesesakan di JPJ Bukit Katil.
Katanya,Pembukaan JPJ cawangan Masjid Tanah diperlukan kerana menerusi tinjauan dilakukan menggunakan JPJ Mobile yang diletakkan selama setahun di kawasan itu mendapati kutipan transaksi yang diterima amat memberansangkan iaitu sebanyak RM2.5 juta.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur