2024-12-06 HaiPress

Malaysia mencatatkan 81 peratus ketersediaan dalam indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) setakat tahun 2023 / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,5 Disember – Malaysia mencatatkan 81 peratus ketersediaan dalam indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) setakat tahun 2023,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
Daripada 248 indikator SDG global,Malaysia mencapai 196 indikator Tersedia,manakala 28 indikator berada dalam kategori Sebahagian Tersedia dan Perlu Dibangunkan.
Sebanyak 17 indikator dikenal pasti sebagai Tidak Tersedia,sementara 7 indikator dianggap Tidak Relevan.
Jabatan Perangkaan turut memaklumkan,kementerian dan agensi menyumbang kepada 77 peratus daripada keseluruhan indikator SDG 2023.
Kerjasama dengan pertubuhan masyarakat sivil akan diperkukuh untuk mengurangkan jurang ketersediaan data dan meningkatkan data granular,terutamanya bagi empat matlamat yang mempunyai ketersediaan indikator kurang 70 peratus.
Penyediaan indikator berkualiti dianggap penting untuk mengukur dan memantau pencapaian Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) serta sebagai persediaan untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur