2024-12-09 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,6 Disember- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan mencatatkan positif,terus meningkat berbanding dolar AS untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat menjelang data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.
Pada 6.00 petang,mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Laporan senarai gaji AS untuk November dijadualkan keluar hari ini.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meneruskan prestasi positifnya dalam persekitaran dolar AS merosot berikutan jangkaan penurunan kadar faedah AS pada pertengahan bulan ini.
“Indeks Dolar AS (DXY) berada pada 105 mata selepas kekal pada 106 mata sejak beberapa hari lepas. Data daripada AS pada minggu ini menyokong penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada 17 hingga 18 Disember ini.
“Ini membawa kepada sokongan seterusnya kepada ringgit,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun,ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia rendah berbanding pound kepada 5.6352/6416 daripada 5.6286/6356,merosot berbanding euro kepada 4.6719/6771 daripada 4.6586/6644,bagaimanapun naik berbanding yen Jepun kepada 2.9329/9364 daripada 2.9439/9478 semalam.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2963/3002 daripada 3.2985/3029 pada Khamis,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.2 daripada 278.9/279.4,bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9576/9784 daripada 12.9462/9710 sebelum ini.
Ringgit susut berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.66 daripada 7.64/7.66. -BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur