2024-12-09 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,7 Disember- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dalam persekitaran sentimen berhati-hati dalam pasaran,kata seorang ahli ekonomi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berkata minggu depan,tumpuan akan diberikan kepada laporan indeks harga pengguna (IHP) AS pada Rabu.
“Ini boleh menjadi agak kritikal kerana minggu berikutnya Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bermesyuarat untuk keputusan dasar monetari,oleh itu akan ada "tempoh ‘blackout" (kalangan ahli dan kakitangan bank Rizab Persekutuan (Fed) AS dilarang membuat sebarang kenyataan kepada orang ramai) dari 7 hingga 19 Disember," katanya kepada Bernama.
Afzanizam berkata mata data AS minggu ini telah menyokong penurunan kadar 25 mata asas dalam mesyuarat FOMC akan datang pada 17 hingga 18 Disember.
"Ini telah diterjemahkan kepada sokongan selanjutnya kepada ringgit selepas pembetulan dolar US-ringgit berikutan berakhirnya pilihan raya Presiden AS pada 5 November lepas," katanya.
Dari segi perbandingan Jumaat hingga Jumaat pula menunjukkan prestasi ringgit meningkat berbanding dolar US kepada 4.4170/4220 daripada 4.4425/4495,seminggu lepas.
Bagi minggu ini,mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan melonjak berbanding euro kepada 4.6719/6771 daripada 4.6899/6973,meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6352/6416 daripada 5.6384/6473,menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9329/9364 daripada 2.9589/9638 ketika ditutup minggu lepas.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2963/3002 daripada 3.3146/3200,meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.2 daripada 280.2/280.8,bagaimanapun merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9576/9784 daripada 12.9459/9738 dan menguncup berbanding peso Filipina kepada 7.65/7.66 daripada 7.58/7.59 sebelum ini.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur