2024-12-09 HaiPress
Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS bagi November dikeluarkan / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,9 Disember - Ringgit tinggi dalam dagangan awal pada Isnin berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat sedikit selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS bagi November dikeluarkan.
Pada 8.15 pagi,mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Data pasaran tenaga kerja AS yang dikeluarkan pada Jumaat lepas menunjukkan NFP naik 227,000 pada November,jauh melebihi anggaran pasaran sebanyak 200,000. Bagaimanapun,kadar pengangguran meningkat kepada 4.2 peratus pada November daripada 4.1 peratus selaras dengan jangkaan.
Walaupun sedemikian,Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan pasaran terhadap penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan ini kekal kukuh.
Bagaimanapun,katanya ringgit mungkin terus berhati-hati berikutan permintaan terhadap dolar AS yang dijangka terus menyokong.
“Perkembangan terkini di Syria turut menunjukkan situasi geopolitik kekal tidak menentu,” katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6237/6397 daripada 5.6352/6416,naik berbanding euro kepada 4.6596/6728 daripada 4.6719/6771,bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9430/9516 daripada 2.9329/9364 pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2887/2985 daripada 3.2963/3002 pada Jumaat lepas,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.4/279.4 daripada 278.7/279.2,menambah berbanding baht Thailand kepada 12.9501/9998 daripada 12.9576/9784 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.64/7.66 daripada 7.65/7.66.-BERNAMA
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur