2024-12-10 HaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil/BERNAMA
KUALA LUMPUR,9 Disember- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024.
Pindaan akta tersebut diluluskan dengan lebih suara bersetuju,selepas dibahaskan ahli parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang.
Berdasarkan undian,59 ahli parlimen bersetuju dengan RUU berkenaan.
Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil ketika membentangkan RUU ini menegaskan,pindaannya bertujuan menyediakan eko-sistem rangkaian internet yang lebih selamat dan lestari kepada semua pengguna.
Beliau turut memaklumkan,pindaan juga bagi memastikan negara bebas daripada ancaman siber seperti pedofilia,pornografi kanak-kanak,pengantunan seksual,penipuan dalam talian,buli siber dan judi dalam talian.
"Adalah dihasratkan supaya rangka perundangan yang lebih utuh ini dapat menangani penghijrahan jenayah konvensional ke dalam talian dan kita tidak lagi mahu melihat persekitaran dalam talian di dominasi kandungan memudaratkan dan bersifat jelik melampau yang jelas tidak selaras dengan jati diri dan tatasusila rakyat Malaysia.
Keselamatan dalam talian menjadi keutamaan malah menjadi kerangka kawal selia yang teguh. Dalam konteks pindaan Akta 588,amat penting untuk menyokong pembangunan industri mewujudkan persekitaran mesra perniagaan,memelihara kesejahteraan digital bagi kanak-kanak dan keharmonian masyarakat berbilang kaum ke arah membangunkan Malaysia Madani sebagai sebuah negara progresif," kata Fahmi di Parlimen,hari ini.
Sementara itu,Fahmi turut membentangkan Rang Undang-undang MCMC (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua.
Pindaan itu dapat menambah baik peranan serta memperkukuh tadbir urus dan pengoperasian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar lebih berdaya tahan dan mampan untuk mengawal selia industri komunikasi dan multimedia.
Bagi tadbir urus pula,antara pindaan utama RUU berkenaan adalah pemisahan peranan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur