2024-12-10 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Disember– Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di enam negeri menunjukkan trend peningkatan setakat pagi ini.
Menurut portal Info Bencana JKM,jumlah penduduk terjejas banjir meningkat daripada 520 orang malam tadi kepada 1,096 orang,setakat pada pukul 7.19 pagi.
Di Negeri Sembilan,jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 251 orang berbanding 233 orang malam tadi.
Mereka kini ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Sungai Kelamah,Balai raya Kampung Parit Buluh,dan SK Gedok.
Di Johor,jumlah penduduk terjejas banjir turut menunjukkan sedikit peningkatan kepada 166 orang berbanding 164 orang malam tadi.
Dua daerah masih terjejas di negeri itu,dengan empat PPS masih beroperasi.
Sementara itu,di Perak,seramai 112 penduduk terjejas direkodkan di daerah Kinta dan Perak Tengah.
Jumlah tersebut menurun berbanding 122 orang yang direkodkan malam tadi.
Di Pahang pula,45 orang daripada 13 keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir.
Manakala,di Melaka,jumlah penduduk terjejas banjir tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kekal seramai 11 orang.
BERITA BERKAITAN:
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya,PPS di negeri banjir berkurangan
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur