2024-12-10 HaiPress

Foto hiasan
PETALING JAYA,10 Disember- Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menjangkakan ribut petir,hujan lebat dan angin kencang di negeri Sabah sehingga 11.00 pagi ini.
MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan beberapa kawasan yang terlibat di negeri itu seperti pedalaman (Sipitang,Tenom,Nabawan dan Keningau),Tawau (Tawau,Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod).
Selain itu,amaran hujan berterusan tahap bahaya,buruk dan waspada masih berkuatkuasa di beberapa negeri sehingga esok.
Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu,Marang,Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan dan Pekan).
Manakala,hujan lebat berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli,Tanah Merah,Machang,Pasir Puteh,Kuala Krai dan Gua Musang),Terengganu (Besut,Setiu,Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Pahang (Jerantut,Maran dan Rompin).
Sementara,hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di negeri Perlis,Kedah (Kubang Pasu,Kota Setar,Pokok Sena,Padang Terap,Pendang,Sik dan Baling),Perak (Hulu Perak,Kuala Kangsar,Kinta dan Kampar),Kelantan (Tumpat,Pasir Mas,Kota Bharu dan Bachok),Pahang (Tanah Tinggi Cameron,Lipis,Raub,Bentong,Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat,Mersing dan Kota Tinggi).
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur