2024-12-10 HaiPress

Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi perbicaraan kes bela dirinya/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Disember- Kesahihan kewujudan Titah Addendum melibatkan bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh didedahkan sebelum rayuan kes diperdengarkan di Mahkamah Rayuan.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan,pendengaran rayuan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bagi kes Datuk Seri Najib beserta Menteri Dalam Negeri dan enam yang lain,ditetapkan pada 6 Januari tahun depan.
Datuk Seri Anwar juga memberitahu,beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberi penjelasan atau mengesahkan perkara itu sebelum tarikh pendengaran kes berkenaan.
"Akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Januari,apakah munasabah untuk kita berikan ulasan sebelum peraturan itu... jawabnya tidak... kerana Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak membolehkan.
"Maka bagi kita,sepertimana yang ditetapkan oleh kenyataan Peguam Negara,ialah menghormati,memberi kepercayaan kepada institusi Undang-Undang",katanya di Dewan Rakyat.
Menjawab pertanyaan yangdikemukakan Wakil Kota Bharu,Datuk Seri Takiyuddin Hassan,Datuk Seri Anwar menafikan penglibatan penuh dalam mesyuarat berkenaan rayuan kes tersebut dan hanya hadir pada satu sesi mesyuarat sahaja iaitu pada 8 Disember 2023.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur