2024-12-10 HaiPress

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 Disember- Pembangunan ekonomi negara perlu seimbang dengan ekonomi rakyat,terutamanya dalam isu perumahan mampu milik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,kejayaan ekonomi dan kemajuan industri negara tidak bermakna sekiranya keperluan asas rakyat,seperti perumahan diabaikan.
"Tetapi antara cabaran terbesar kita ialah masalah perumahan. Kota-kota besar,bandar raya Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Ipoh,Johor Bahru semuanya tercabar untuk pastikan kita sediakan perumahan yang dianggap munasabah untuk kehidupan keluarga yang selesa.
"Saya tekankan hal yang penting bagi rakyat kerana pembangunan ini tidak boleh terus maju dan mengizinkan kesenjangan berlaku",katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI di ibu negara.
Beliau turut menekankan bahawa pembangunan negara tidak boleh terhenti pada angka atau statistik semata-mata,tetapi perlu menitikberatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri turut menyeru semua pihak,termasuk kerajaan,agensi dan sektor swasta untuk terus bekerjasama memastikan isu perumahan diselesaikan secara menyeluruh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur