2024-12-11 HaiPress

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA),Akmal Nasrullah Mohd Nasir
KUALA LUMPUR,11 Disember- Komitmen kerajaan untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara menjadi faktor utama mendorong pelabur membangunkan pusat data di Malaysia.
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air,Akmal Nasrullah Mohd Nasir,pihaknya menyasarkan campuran kapasiti TBB meningkat daripada 28 peratus ketika ini kepada 31 peratus tahun depan.
Manakala pada 2035,sebanyak 40 peratus dan menjelang 2050 mencapai 70 peratus.
"Akses kepada bekalan elektrik hijau merupakan antara syarat penting dalam menyediakan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk menarik pelaburan pusat data bernilai tinggi ke Malaysia.
"Peningkatan kapasiti TBB secara berperingkat dan terancang merupakan langkah persediaan PETRA dan Suruhanjaya Tenaga untuk memenuhi permintaan tenaga elektrik hijau yang diperlukan pusat-pusat data.
"... Selain menjadi salah satu syarat untuk menggalakkan pelaburan baharu yang bernilai tinggi ke negara ini",katanya di Parlimen.
Selain itu,Program Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) diperkenal untuk meningkatkan akses syarikat korporat kepada bekalan elektrik hijau yang lebih mudah secara terus daripada penjana TBB.
Beliau menjawab soalan asal dikemukakan wakil kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur