2024-12-11 HaiPress

Hasbi Habibollah
KUALA LUMPUR,11 Disember- Kerajaan sedang mengkaji langkah memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap kesalahan aksi berbahaya dan lumba haram di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah berkata draf pindaan akta tersebut telah dibawa ke peringkat Jabatan Peguam Negara bagi memastikan hukuman yang dikenakan mampu bertindak sebagai pencegahan berkesan kepada pelaku.
"Selain itu,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu secara berterusan termasuk kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Jabatan Alam Sekitar (JAS) konsesi lebuh raya dan pihak berkuasa tempatan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menambah kementeriannya sedang memuktamadkan RUU Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi mewujudkan tafsiran jelas mengenai isu mat rempit melibatkan kesalahan menunggang secara melulu,membahayakan atau pelumbaan haram di jalan raya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur