2024-12-11 HaiPress

Wilson Ugak Kumbong / Foto RTM
KUALA LUMPUR,11 Disember- Program Rakyat Digitalakan dilancar esok bagi mempertingkat kemahiran rakyat khususnya berkaitan Ekonomi Digital.
Jelas Timbalan Menteri Kementerian Digital,Datuk Wilson Ugak Kumbong,platform pembelajaran dalam talian baharu itu juga akan dilengkapi modul khusus berkaitan Kecerdasan Buatan (AI).
"Program Rakyat Digital adalah inisiatif untuk membekalkan rakyat Malaysia dengan kemahiran dan pengetahuan digital yang penting bagi menghadapi perkembangan ekonomi digital yang sentiasa berubah.
"Menerusi platform ini,setiap lapisan masyarakat memperoleh pengetahuan umum tentang teknologi baharu,termasuk AI.
"Ia juga berfungsi sebagai saluran pembelajaran interaktif untuk memperluas pengetahuan umum serta membangunkan bakat baharu mengikut modul khusus yang disediakan," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini.
Beliau menjawab soalan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai pencapaian program AI Untuk Rakyat dan kesiapsiagaan ekosistem pembelajaran AI di institusi pendidikan,sektor swasta serta kerajaan.
Dalam pada itu,Wilson turut memaklumkan bahawa sehingga Disember,program AI untuk Rakyat telah diakses oleh seramai 1.3 juta peserta yang terdiri daripada pelbagai kumpulan,termasuk pelajar,profesional,dan pegawai kerajaan.
Tambahnya,kerjasama dengan semua pihak terus dipergiatkan bagi merangka modul pembelajaran AI yang sesuai berdasarkan kumpulan sasaran.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur