2024-12-11 HaiPress

Foto hiasan/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,11 Disember- Prestasi kukuh dalam pelaburan yang diluluskan mencerminkan momentum ekonomi negara yang mampan,didorong sektor perkhidmatan,pembuatan dan sektor utama lain.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,pencapaian itu turut membuktikan keyakinan pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi negara.
Menerusi kenyataan,beliau berkata Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. Berbanding tempoh sama tahun lalu,ia meningkat 10.7 peratus daripada RM230.2 bilion.
Sebanyak 4,753 projek baharu diluluskan dalam tempoh sama dengan lebih 159,000 pekerjaan baharu diwujudkan.
Pelaburan domestik menyumbang 58.1 peratus daripada jumlah kelulusan,manakala pelaburan asing menyumbang 41.9 peratus.
Sektor perkhidmatan terus memacu pertumbuhan ekonomi,menyumbang sejumlah RM160.7 bilion pelaburan yang diluluskan,diikuti sektor pembuatan sebanyak RM88.8 bilion.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur